Sunday, February 14, 2010

PERSIDANGAN BAHASA TAMIL ANTARABANGSA

Tarikh: 13 dan 14 Februari, 2010
Tempat: Kolej Kedua Universiti Malaya

En. Revi Chander a/l Subramaniam (Guru Cemerlang Bahasa Tamil) SMK. Sg. Choh telah menyertai Persidangan Bahasa Tamil Antara Bangsa Di Universiti Malaya.

Profesor–Profesor Bahasa dari Malaysia, Singapura, Sri Lanka dan India telah membentang kertas kajian. Sebanyak tiga puluh dua kertas kajian dibentangkan oleh mereka.

Antara tajuk kajian peserta Malaysia ialah:

1. Filem tamil tempatan dan pengaruh kepada sosial dan budaya Masyarakat India di Malaysia.
2. Peranan Badan–Badan Bukan Kerajaan dalam perkembangan Kesusasteraan Tamil di Malaysia
3. Pengaruh Bahasa Melayu dalam Bahasa Tamil (Kajian Cerpen)
4. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Tamil di Kalangan pelajar Melayu dan Cina di Malaysia



Gambar peserta-peserta persidangan B.Tamil Lagi gambar peserta-peserta persidangan tersebut En. Revi Chander a/l Subramaniam sedang mengikuti persidangan Gambar Perasmian Penutupan Majlis yang disempurnakan oleh Dato’ Sarawanan Timbalan Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur