Wednesday, July 15, 2009

PERJUMPAAN PERSATUAN BAHASA TAMIL

En. Revi Chander sedang mengendalikan aktiviti Persatuan Bahasa Tamil

Saturday, July 11, 2009

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK

Perlawanan telah diadakan di Padang SRJK (T) Ldg. Sg. Choh. 45 orang pelajar SMKSC dan 20 orang pelajar SMK. Bkt Sentosa telah menjayakan program ini. Mereka diiiringi oleh En. Revi Chander dan En. Arunasalam (SMKSC) manakala En. Subramaniam (SMK. Bkt. Sentosa)

Aturcara program:
7.30pagi - Berkumpul dan bersenam.
8.00pagi - Aktiviti suai kenal, perkenalan dan bersalaman.
8.30pagi - Perlawanan dimulakan.
9.45pagi - Minum dan sarapan
10.00pagi - Ucapan penutup

En. Revi Chander mengucapkan terima kasih kepada Pengetua dan GPK Koko SMKSC kerana menggalakkan aktiviti seperti ini. Tahniah kepada pemain kerana telah beraksi dengan baik, seronok dan berdisiplin. Terima kasih daun keldi kepada pelajar SMKSC yang menaja khemah, minuman dan makanan kepada pasukan jemputan. Terima kasih juga kepada Guru Besar SRJK (T) Ldg. Sg. Choh kerana membenarkan penggunaan padang, kantin dan tandas sekolah.








Laporan disediakan dan dihantar oleh En. Revi Chander melalui e-mail SMK. Sg. Choh dan e-mail En. Musalli b. Md. Sahib.