Saturday, August 8, 2009

TAKLIMAT SOFTWARE VIVEKAM BAHASA TAMIL

Sesi taklimat penggunaan Software Vivekam Bahasa Tamil telah disampaikan oleh En. Ganeson, guru SMK. Bandar Tasek Selatan dan En. Kuganes (System Developer). Ia merupakan perisian Bank Soalan yang boleh membantu guru-guru B. Tamil untuk menyediakan soalan peperiksaan bulanan dan peperiksaan utama sekolah untuk tingkatan peralihan hingga ke tingkatan 5.

Friday, August 7, 2009

PELANCARAN MODUL BAHASA TAMIL

Pelancaran Modul Bahasa Tamil PMR telah diadakan pada 05/08/09, jam 2.45 petang di Bilik Mesyuarat SMK SUNGAI CHOH. Modul tersebut telah diserahkan kepada Ketua-Ketua Panitia Daerah Hulu Selangor. Diharapkan dengan adanya modul ini, ia akan dapat membantu pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR khususnya Kertas Bahasa Tamil

MESYUARAT PENYELARASAN

Pada 5/8/09 (Rabu) satu Mesyuarat Perancangan Kurikulum 2010 dan merealisasikan item Peperiksaan Percubaan Bahasa Tamil Daerah Hulu Selangaor telah berlangsung dan dipengerusikan oleh Puan Hjh. Habshah bt Abdul Kudus di Bilik Mesyuarat SEMESCO. Ketua-Ketua Panitia dari lapan buah sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor telah hadir.