Sunday, July 4, 2010

PERTANDINGAN DEKLIMASI SAJAK B. TAMIL PERINGKAT DAERAH

Pertandingan telah diadakan pada Hari Sabtu (3/7/2010) jam 9.00pagi di Dewan Bestari SMK. Sg. Choh. Pn. Hjh. Habshah (Pengetua) telah merasmikan manakala Pn. Azizah Hassan (GKMP Kemanusiaan) telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah:
1. SMK. Sg. Choh
2. SMK. Taman Bunga Raya
3. SMK. Bukit Sentosa 1
4. SMK Bukit Sentosa 2
5. SMK. Kuala Kubu Bharu
6. SMK. Dato' Hj. Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu
7. SMK. Kalumpang


AJK Persatuan Bahasa Tamil
Pengetua SMK SG CHOH sedang menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Pertandingan Mendeklemasikan Sajak Bahasa Tamil Peringkat Daerah Hulu Selangor
En. Revi Chander selaku Penyelaras Pertandingan sedang menyampaikan ucapan


Para Hakim Pertandingan En. Arumugam (Bekas Guru Besar), En. Muthu Samy (Bekas Guru Besar)

Kayalvizhi Tingkatan 1Amanah - mewakili SMK. Sg. Choh. Beliau mendapat tempat Ke-2.
Puan Azizah bt Hassan menyampaikan hadiah kepada pemenang- pemenang.




Semua perserta yang menang akan mewakili Daerah Hulu Selangor ke Peringkat Negeri pada 10.7.2010 di Shah Alam

Monday, June 14, 2010

SEMINAR PENDIDIKAN NUTP

SEMINAR PENDIDIKAN ANJURAN BIRO BAHASA TAMIL NUTP SELANGOR
DI HOTEL LANGKASUKA, PULAU LANGKAWI, KEDAH
TARIKH: 11/12/13 JUN 2010

EN REVI CHANDER A/L SUBRAMANIAM GURU CEMERLANG SMK SG CHOH TELAH MENGHADIRI SEMINAR ANJURAN NUTP SELANGOR.
TAJUK SEMINAR:
1. KE ARAH KECEMERLANGAN SEKOLAH TAMIL
2. PENINGKATAN PRESTASI BAHASA TAMIL
3. SKIM PENCEN
4. KEMUDAHAN INSURANS
5. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN
6. ISU-ISU SEMASA DALAM PERKHIDMATAN







Wednesday, June 9, 2010

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR PERSATUAN BAHASA TAMIL

Lawatan tersebut telah berjaya dilaksanakan pada 8/6/2010 - 9/6/2010 (Selasa dan Rabu)
Pengurus Lawatan: En. Revi Chander a/l Subramaniam

Peserta: 42 orang pelajar
Bayaran Penyertaan: RM50 seorang

Tempat-tempat yang dilawati:
Butterfly/Reptile Park, Zoo Melaka, Taming Sari Tower, ke Kota Melaka dan membeli belah, Kuil Chety - Melaka, Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Kuil Baby Sivan di Lukut, KLIA, dan Putra Jaya.
Sarapan pagi dan jamuan makan malam telah ditaja oleh En. Revi Chander dan En. Regu Kuppusamy - Guru SMK. Lubuk Cina





Friday, June 4, 2010

PROGRAM PANITIA BAHASA TAMIL

Program telah dikendalikan oleh En. Revi Chander

Friday, May 14, 2010

SUAIKENAL PELAJAR PPU BAWAH

En. Revi Chander telah mengadakan sesi suaikenal untuk pelajar PPU Rendah. Mereka datang dari SMK. Serendah, SMK. Sg. Buaya, SMK. Bkt. Sentosa dan SMK. Taman Bunga Raya

Thursday, April 22, 2010

PROGRAM PANITIA BAHASA TAMIL


En. Revi Chander sedang mengendalikan program Panitia Bahasa Tamil

Sunday, April 11, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN BUKU ULANGKAJI

En. Revi Chander mewakili Penasihat Persatuan Bahasa Tamil SMKSC telah berjaya memperolehi dana dari MY NADI (pertubuhan NGO) sebanyak RM1650.00 untuk membeli buku ulangkaji kepada pelajar miskin keturunan India. Penyampaian buku-buku kepada pelajar tersebut telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Habshah dan En. Idrus b. Abdul Manan (TYDP) pada 12/4/2010 jam 9.00pagi.



Pelajar yang menerima sumbangan buku ulangkaji terdiri dari mereka yang akan menduduki peperiksaan PMR (15orang), SPM (15orang), STPM (4orang). Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada MY NADI atas sumbangan tersebut dan berharap sumbangan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.



Friday, April 9, 2010

PERJUMPAAN MINGGUAN

Perjumpaan telah dikendalikan oleh En. Revi Chander
Pelajar memasukkan wang derma mereka ke dalam tabung untuk menampung apa-apa bantuan untuk pelajar yang mengalami kemalangan, kematian ibu bapa atau kecederaan

Sunday, April 4, 2010

KUIZ SARANGGABANI PERINGKAT NEGERI

Kuiz Saranggabani Peringkat Negeri Selangor
Tarikh: 03/04/2010 (Sabtu)
Masa: 8.30pagi hingga 3.30ptg
Tempat: Dewan Majlis Daerah Jugra, Banting, Ulu Langat

Penyertaan: Shantini a/p Manohar dan Umah Ghanten (SMKSC), danPelajar SMK Bkt Sentosa serta Pelajar SMK KKB telah mewakili Daerah Hulu Selangor.
Keputusan: Daerah Hulu Selangor telah memenangi Hadiah Saguhati, Sebanyak 40 buah sekolah telah mengambil bahagian
Guru Pengiring: En Revi Chander a/l Subramaniam (SMKSC), En Manimaran (SMK Kalumpang)

Tuesday, March 30, 2010

CERAMAH MOTIVASI

En. Revi Chander a/l Subramaniam (GC Bahasa Tamil) SMK Sungai Choh telah dijemput mengendalikan satu Program Motivasi (Setting Goal) anjuran Yayasan Strategik Sosial bersama Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga di SMK Perempuan Setapak.

Tarikh: 27 Mac, 2010 (Sabtu)
Tempat: Dewan, SMK Perempuan Setapak, Kuala Lumpur
Masa: 3.30petang



Sunday, February 14, 2010

PERSIDANGAN BAHASA TAMIL ANTARABANGSA

Tarikh: 13 dan 14 Februari, 2010
Tempat: Kolej Kedua Universiti Malaya

En. Revi Chander a/l Subramaniam (Guru Cemerlang Bahasa Tamil) SMK. Sg. Choh telah menyertai Persidangan Bahasa Tamil Antara Bangsa Di Universiti Malaya.

Profesor–Profesor Bahasa dari Malaysia, Singapura, Sri Lanka dan India telah membentang kertas kajian. Sebanyak tiga puluh dua kertas kajian dibentangkan oleh mereka.

Antara tajuk kajian peserta Malaysia ialah:

1. Filem tamil tempatan dan pengaruh kepada sosial dan budaya Masyarakat India di Malaysia.
2. Peranan Badan–Badan Bukan Kerajaan dalam perkembangan Kesusasteraan Tamil di Malaysia
3. Pengaruh Bahasa Melayu dalam Bahasa Tamil (Kajian Cerpen)
4. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Tamil di Kalangan pelajar Melayu dan Cina di Malaysia



Gambar peserta-peserta persidangan B.Tamil Lagi gambar peserta-peserta persidangan tersebut En. Revi Chander a/l Subramaniam sedang mengikuti persidangan Gambar Perasmian Penutupan Majlis yang disempurnakan oleh Dato’ Sarawanan Timbalan Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur